Thursday, December 15, 2011

Mana janji PAS?

* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.

* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh.

* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi.

* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut.

* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.

* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri.

* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina.

* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.

* Janji hendak beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita...
Cakap kosong dan angan-angan mat jening yang mampu PAS buat...

0 ulasan: