PAS telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli PAS.
Pemakluman itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor jam 2.00 petang tadi.
Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.
Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.
Hasan Ali telah dipecat sebagai ahli PAS melalui satu mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat pada 8 Januari lepas.
Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS dalam tempoh 30 hari bermula pada tarikh keputusan pemecatan.
1 ulasan:
Nampak sangat la yang hassan ali hendak dimatikan oleh Pas..kalau tengok pada surat yang difaks pada MB selangor tu memang dah kompom rayuan hassan ali akan ditolak oleh Pas..Tak guna hassan ali merayu lagi sebab dah tau apa keputusannya..
Post a Comment